top of page

Team Kilstant Malaysia melawat Masjid Terbesar di Dunai Abu Dhabi selepas kerja Sistem Retikulasi Anai Anai

Updated: Jun 22

Lawatan Bermakna ke Masjid Besar Sheikh Zayed


ree

Pada hari minggue selepas kerja kerja pemasangan sistem retikulasi anai anai, team kami mengambil kesempatan untuk melawat Sheikh Zayed Grand Mosque. Sheikh Zayed Grand Mosque adalah salah satu mercu tanda Islam paling ikonik di dunia — Masjid Besar Sheikh Zayed.. Masjid ini juga merupakan salah satu Masjid Terbesar di Dunia


Lawatan Tean Kilstant ke Emiriah Arab Bersatu selama empat puluh lima hari itu bertujuan untuk memasang sistem retikulasi anai anai buatan Malaysia untuk bangunan DiRaja milik Sheikh dan Kerajaan Dubai. Kami juga mengambil kesempatan untuk mempersembahkan sistsm ini kepada agency Perbandaraan sebagai tanda kerjasama teknologi antara dua negara.



ree

Minggu pertama dan kedua memang team sibuk sangat mengejar masa untuk memastikan pemasangan sistem piping anai anai berjalan dengan lancarNamun, pada hari keempat belas, kami memutusakan untuk mengatur satu sesi lawatan khas ke masjid agung itu — satu peluang yang dinanti-nantikan oleh semua ahli pasukan.



Seawal jam 8 pagi, team kami mengambil sarapan pagi dan memandu dengan kereta sewa menuju ke masjid yang tersergam indah di tengah kota Abu Dhabi. Perjalanan mengambil sekitar 1 jam 40 minit untuk sampai ke Abu Dhabi dan mengambil ekstra 30 minit untuk mencari parking dalam Masjid. Kami bernasib baik dapat mencari parking di besmen mall


ree

Melangkah masuk ke kawasan masjid, seluruh pasukan terpaku dengan keindahan seni bina yang halus dan penuh ketelitian. Kubah putih bersinar di bawah pancaran mentari, manakala lantai marmar yang luas mencerminkan ketenangan dan kemegahan masjid itu. Mereka diberitahu bahawa Masjid Sheikh Zayed merupakan antara masjid terbesar di dunia, boleh memuatkan lebih 40,000 jemaah pada satu-satu masa.










ree

Lanskapnya begitu teratur, tenang, dan memancarkan unsur spiritual yang mendalam,” katanya sambil merakam gambar pokok palma yang berbaris kemas di sepanjang laluan masuk.


Sementara itu, kami kagum dengan sentuhan seni bina Islam kontemporari yang diterapkan dalam masjid itu. “Gabungan elemen Arab, Mughal, dan Moorish ini adalah inspirasi yang boleh kita pelajari.








ree

Ketika berada di dalam dewan solat utama, mereka turut berpeluang menyaksikan karpet tangan terbesar di dunia dan lampu gantung kristal yang menjulang megah dari siling. Semua berdiri dalam diam, me

rasai keheningan dan kebesaran ruang itu, satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.


Lawatan berakhir dengan sesi bergambar di luar masjid, berlatarbelakangkan kubah-kubah putih dan kolam refleksi yang menyejukkan pandangan. Sebelum pulang,“Ini bukan sekadar lawatan biasa. Ia satu peringatan kepada kita semua tentang pentingnya nilai spiritual dalam setiap aspek kehidupan, termasuk dalam tugas dan amanah yang kita galas.”









ree

Lawatan ke Masjid Sheikh Zayed bukan sahaja memperkaya pengalaman budaya dan rohani pasukan kerja dari Malaysia itu, malah mengeratkan lagi hubungan dua hala yang semakin berkembang antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.


ree
ree

ree
ree

ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


Whatsapp Termtie Contact Us
Contact Termite Assistance
bottom of page