Sistem Retikulasi Anai Anai Malaysia
Di Malaysia, masalah anai-anai adalah antara isu di kediaman rumah, bangunan komersial & kerajaan yang paling serius. Serangan anai-anai boleh menyebabkan kerosakan struktur yang mahal, merosakkan perabot kayu, dan memberi risiko keselamatan kepada pemilik rumah.
Salah satu solusi moden yang semakin popular ialah Sistem Retikulasi Anai-Anai.

Apa Itu Sistem Retikulasi Anai-Anai?
Sistem retikulasi anai-anai ialah rangkaian infrastruktur paip pencegahan anai anai khas yang dipasang di bawah slab bangunan & di sekeliling perimeter bangunan semasa fasa pembinaan. Paip ini berfungsi untuk menyalurkan bahan kimia anai-anai secara efisien, berkala, tanpa perlu menggali atau merosakkan struktur bangunan kelak.
Ia merupakan sistem perlindungan jangka panjang yang lebih kemas, moden & selamat
Bagaimana Sistem Retikulasi Berfungsi?
-
Paip khas dipasang dalam tanah sebelum lantai bangunan ditutup.
-
Sistem & Infrastruktur Retikulasi Anai Anai ini akan dibahagikan kepada zon-zon masing.
-
Setiap titk suntikan daripada jenama Kilstant akan diberi pencairan nisbah kimia dan air.
-
Gunakan Sistem Paip yang mempunyai dispenser special melindungi injap khusus untuk membolehkan bahan kimia tersebar sekata dalam tanah.
-
Tidak disyorkan untuk mengunakan cara D.I.Y ataupun Paip Paip yang mempunyai lubang mikro yang ditebuk sebab ianya boleh sumbat dan tidak berfungsi.
-
Pada masa servis, kontraktor akan mengepam bahan kimia termitisid ke dalam sistem melalui titik suntikan yang khusus.
-
Gunakan Bahan kimia yang mempunyai soil binding yang kuat seperti Chlorfenapyr. Ia akan menghalang anai-anai daripada menghampiri struktur bangunan dan juga tidak mudah larut
-
Sistem boleh di-recharge berkala (biasanya setiap 2–5 tahun)

Kelebihan Sistem Retikulasi Anai-Anai di Malaysia
✔ Lindungan Jangka Panjang
-
Paling efektif untuk rumah baharu kerana ia dipasang dari awal pembinaan.
✔ Tidak Perlu Pecah Lantai
-
Recharge kimia dilakukan dari titik servis tanpa mengganggu kawasan rumah.
✔ Selamat & Tidak Beracun Kepada Penghuni
-
Kimia berada dalam tanah dan diserap secara terkawal.
✔ Penyebaran Kimia Lebih Sekata
-
Paip direka untuk memastikan perlindungan menyeluruh di bawah bangunan & perimeter bangunan atau rumah.
✔ Kos Servis Lebih Rendah Dari Rawatan Tradisional

Siapa Yang Perlu Sistem Retikulasi?
-
Bangunan atau Rumah yang sedang dibina atau diubah suai
-
Banguanan Kerajaan seperti Sekolah, Mahkamah, Bangunan Am, Hospital, Pengajian Tinggi
-
Bangunan komersial dan kilang
-
Rumah yang pernah diserang anai-anai
-
Pemilik yang mahukan perlindungan tanpa gangguan dan jaminan jangka panjang
Jenis-Jenis Sistem Retikulasi Yang Digunakan di Malaysia
-
Paip Retikulasi Gred Tinggi Standard PN 18 ke-atas
-
Sistem Retikulasi Anti-Clog & tidak mempunyai lubang mikro di atas paip
-
Sistem Premium Bertekanan Tinggi dengan Dispenser
-
Sistem Retikulasi dengan Termitisid Boleh-Diisi Semula (Replenishable Termiticide System)

Sistem ini sesuai untuk:​
Pemilihan Termitisid (bahan aktif) Dalam Sistem Retikulasi
Antara bahan kimia yang sering digunakan di Malaysia:​
Chlorfenapyr
Fipronil
Imidacloprid
Bifenthrin
Kenapa Sistem Ini Penting Untuk Rumah di Malaysia?
Malaysia mempunyai iklim panas lembap sepanjang tahun—persekitaran paling ideal untuk pembiakan anai-anai. Sistem retikulasi memberikan perlindungan berkala yang sukar dicapai dengan kaedah tradisional. Sistem retikulasi anai-anai merupakan solusi moden, selamat dan efektif untuk perlindungan jangka panjang terhadap serangan anai-anai di Malaysia. Ia sangat sesuai untuk pemilik rumah yang inginkan pencegahan awal tanpa gangguan kepada struktur bangunan
%20(6)_edited.jpg)
Hubungi Kilstant
Matlamat utama syarikat kami adalah untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti kepada setiap pelanggan. Kami sedang dalam misi untuk menjadi syarikat kawalan anai-anai terulung di Kuala Lumpur dan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan tumpuan kepada kebahagiaan pelanggan.
​
Kilstant berimpian menjadi Syarikat Pertama dari Malaysia untuk fokus kepada sistem retikulasi anai anai dan jenama Kilstant menjadi pilihan utama daripada klien di Dubai.

