Cara pemasangan Sistem Retikulasi Anai Anai yang betul di Malaysia !
- Mr.Kilstant
- 8 hours ago
- 3 min read
Pengenalan Sistem Retikulasi Anai-Anai Kilstant (Buatan Malaysia)

Sistem Retikulasi anai-anai adalah sistem kaedah pengawalan & pencegahan daripada serangan anai-anai untuk bangunan baru. Ia melibatkan pemasangan sistem terancang & rapi untuk menghalang anai-anai daripada memasuki bangunan. Sistem Retikulasi Anai Anai amat berkesan untuk menyebarkan racun serangga perosak di bawah bangunan & kebanyakanya diimplentasikan semasa pembinaan bangunan atau rumah baru. Selalunya bab anai-anai ini tidak mendapat perhatian yang penuh daripada pemilik bangunan, jurutera mahupun arkitek. Ramai juga tidak mengenali teknologi dan sistem sebegini yang terdapat di pasaran Malaysia. Atikel ini akan menyentuh sedikit mengenai sistem dan cara pemasangan yang effisien & betul.
Kenapa Sistem Retikulasi Anai Anai di pasang di bawah bangunan ?

Sistem Retikulasi Anai Anai dibangunkan atas dasar & konsep untuk menyediakan infrastruktur mengunakan pipe pipes spesial & khusus untuk penyebaran racun. Penyebaran racun paling pentingya harus mencecah ke tanah terutamanya di bawah permukaan bangunan! Ini kerana anai anai kerapnya menyerang bangunan & bermula dari tanah di bawah bangunan dan menyebar masuk melalui poin poin struktur tertentu. Poin Poin struktur yang bersentuhan dengan tanah adalah struktur beam, paip air dan lain lain. Berdasarkan masalah ini, sistem retikulasi menyebarkan racun anai-anai dan menjadi penghalang antara bangunan dan tanah ! Racun yang diyorkan adalah racun jenis non-repellent. Apabila anai-anai bersentuhan dengan racun jenis non repellent yang disebar melalui sistem retikulasi anai-anai, mereka tidak akan menyedari bahaya tersebut dan akan membawanya kembali ke sarang, seterusnya menjangkiti anai-anai lain dalam kolon
Pemasangan Sistem Retikulasi Anai-Anai Cara Terbaik (Standard International)
1. Pemahaman Pelan
Sistem Retikulasi Anai Anai ini bermula daripada pemahaman plan struktur. Team Kilstant akam memahami plan & mecadankan sistem dengan coverage penuh & melindungi setiap pelusuk yang kami percayai boleh berlakunya kemasukkan anai anai ke dalam bangunan (termite breach). Coverage sistem ini harus memberikan impak maksima dengan mengambil kira pipe air, kabel elektrik, trenching, pit lif dan lain lain.
2. Penyediaan Bahan (Sistem Paip, Kelengkapan)
Sistem Retikulasi Anai Anai harus terdiri daipada sistem yaassng mempunyai ciri ciri berikut. Sistem harus mengambil kira prestasi jangka panjang bahan pipe , tidak mudah rapuh atau pecah, fleksibiliti, ketahanan cahaya UV, rintagan kesan dan rintagan kimia . Kita kena memahami sistem retikulasi anai anai adalah sistem yang mengalirkan racun dan perlunya sistem paip yang bertahan untuk jangka masa yang panjang. Sistem Retikulasi Kilstant telah diuji, dipasang & keberkesananya mempunyai rekod pemasangan yang bereputasi di Malaysia & di tahap antarabangsa Dubai.
3. Penyediaan Tapak & Reka Bentuk Sistem

Pihak Kontraktor perlu menyediakan tapak pembinaan mengikut standard & cara pemasangan yang ditetapkan oleh pihak Kilstant untuk Sistem Retikulasi Anai Anai Kilstant. Standard yang digunakan adalah standard antarabangsa yang kami gunakan untuk projek projek di Dubai. Pihak Kilstant telah menentapkan standard & cara cara pemasangan yang tinggi supaya sistem ini berjalan dengan lancar, rapi untuk jangka masa yang panjang.
4. Pemasangan Sistem Retikulasi Anai Anai (Kilstant)

Reka Bentuk Sistem Kilstant amat disyorkan untuk dipasang di dua-dua belah struktur beam supaya sistem menyebarkan racun di kedua dua bahagian dan melindungi struktur bangunan dengan lengkap dan maksima. Pemasangan sistem ini dipantau oleh team & kru Kilstant. Pihak kami mempunyai kepakaran dan pemahaman yang mendalam. Sistem Kilstant tidak boleh dideahkan dan ianya ada cara cara spesifik untuk menutupi sistem selepas ujian (flow test).
Sistem ini harus diuji selepas pemasangan untuk flow test dan juga selepas grad slab dengan titk suntikan test. Sistem harus diuji supaya tiada sumbatan. Sekiranya ada sumbatam dan racun anai anai tidak mengalir ataupun menendang balik, maka sistem itu tidak dipasang dengan betul ataupun sudah tersumbat.
5. Pemeriksaan Sebelum & Selepas Gred Slab

Sistem kemudian akan diuji sebelum tanah ditambak balik dan selepas slab konkrit dituang. Kilstant juga akan menyediakan test points untuk menguji sekiranya sistem kami tersumbat. .
6.Pengisian Racun Anai Anai
Pengisian racun akan dijalankan sebelum penyerahan bangunan baru. Dengan itu kami akan menyediakan material handover lengkap iaitu lukisan kejureteraan, warranty, owner's manual dan sebagainya
7.Titik & Kotak Suntikan
Titik & Kotak Suntikan yang kemas & rapi akan dipasang diatas dinding premis bangunan
Video Pengujian Sistem Retikulasi Anai Anai boleh dilihat di sini:
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat membantu melindungi premis daripada serangan anai-anai dengan lebih berkesan. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang ini untuk memastikan pemasangan yang betul dan selamat.

Kesimpulan - Pemasangan sistem retikulasi anai-anai memerlukan :
Perhatian yang teliti
Pemilihan bahan yang betul
Pemasangan mengikuti standard international yang ditetapkan oleh Pihak Kilstant.
Jenama Sistem Retikulasi Anai Anai yang berwibawa dan telah diuji.
Rekod pemasangan projek projek
Kredibiliti Syarikat, Jenama dan pemasang
Dokumentasi, Lukisan Kejureteraan, Manual Pemilik
Comments